Wednesday, September 17, 2008

KAMI SERU MELAYU BERSATU!!!

Salam pengenalan dan perpaduan dari KAMI sekelompok Melayu yang masih berpegang utuh panji perjuangan bangsa UMNO dulu, kini dan selamanya. Melalui blog ini KAMI harap kita dapat berkongsi maklumat dengan umat MELAYU yang merentas negeri, negara dan benua dengan satu hasrat bangun, berbakti dan membela. KAMI percaya masih terlalu ramai yang menyayangi parti keramat UMNO dan itu menyebabkan KAMI akan terus bersama mereka mempertahankan parti warisan bangsa kita. KAMI juga percaya masih ramai di antara profesional MELAYU yang sayangkan UMNO namun tiada saluran yang terbaik untuk mereka berkongsi kepakaran. Ini kerana ada segelintir kita yang asyik berpolitik sempit yang hanya mengejar perkara-perkara yang tidak ada kesudahannya dan tidak menguntungkan nasib bangsanya. MARILAH KITA BERJUANG DENGAN IKHLAS MEMBELA NASIB DIRI, IBU-BAPA, MASYARAKAT SEKITAR, BANGSA DAN NEGARA DENGAN BERPEGANG KUAT DENGAN AJARAN ISLAM. Kami percaya hanya itu sahaja yang akan dapat mengangkat nasib bangsa. JANGAN BIARKAN BANGSA KITA TERCICIR DAN MENGEMIS DI NEGARANYA SENDIRI!!!!!
AYUH KAMI SERU MELAYU BERSATU!!!!!