Sunday, July 18, 2010

KONVOI PEMUDA UMNO BAGAN PASIR LAUT PERAK
















PROGRAM KONVOI BERMOTOSIKAL ANJURAN PEMUDA UMNO BAGAN PASIR AUT KE D'MUARA MARINE, SUNGAI BESAR SELANGOR PADA 26 DAN 27 JUN 2010.

Wednesday, July 14, 2010

PEMUDA BAGAN PASIR LAUT YANG HADIR KE PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2009

Sunday, November 29, 2009

Selamat Menyambut Aidil Adha

Assalamualikum, kami dari UMNO Bagan Pasir Laut mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha. Semoga semua jemaah haji kita dari Bagan Datoh dan Malaysia umumnya dapat mengerjakan Haji mereka dan diterima oleh Allah insyaallah. Marilah kita sama-sama mendoakan mereka semua dapat pergi dan pulang dengan selamat.

Semoga mendapat haji yang mabrur Insyaallah.

Friday, February 6, 2009

PANTANG Anak Melayu Menderhaka Kepada Sultan

Allahhuakbar..Allahhuakbar

YaAllah selamatkanlah negeri Islam Perak Darul Ridzuan ini ya Allah.

Kami warga UMNO Bagan Datoh, amat bersyukur kehadrat ALLAH SWT, kerana dengan limpah kurnianya dan merestui doa-doa kita untuk Barisan Nasional kembali memerintah negeri Perak darul Ridzuan ini.

Negeri ini suatu masa dahulu merupakan sebuah negeri yang aman. Tetapi dengan kehadiran beberapa pemimpin yang gila kuasa seperti DSAI dan konco-konconya habis negeri kita dan juga negara kita ini porak peranda. Semoga tuhan akan menilai baik buruknya manusia ini di akhirat kelak. Kita sebagai rakyat jelata rindukan dan inginkan semula keadaan yang tenteram dan aman di negeri Perak yang di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak.

Dari kecil hingga dewasa kita di ajar untuk mengormati dan setia kepada Raja dan Negara. Pantang anak melayu menderhaka kepada raja-raja kita !!. Namun dengan hadirnya pemimpin penghianat bangsa dan negara ini telah menyebabkan ramai diantara rakyat yang terpesong dan sangat biadab apabila ingin membicakan tentang Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak yang kita amat hormati.

Amatlah sedih kita sebagai rakyat jelata yang amat menyanjungi Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak apabila terbaca komen-komen dari laman blog DSAI http://anwaribrahimblog.com/2009/02/06/a-constitutional-crisis-caused-by-the-sultan/ . Amatlah terhiris rasanya hati apabila mendengar cercaan yang sangat keji ditujukan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan kita.

Dengan ini kami ingin memberitahu kepada mereka-mereka yang berani mencerca raja-raja melayu ini supaya berani tampil kehadapan dan tonjolkan diri. Supaya senang kami tahu siapa mereka ini yang sangat derhaka. Kami rakyat anak-anak melayu Perak amat terguris hati dan akan sedia menentang habis habisan penghianat bangsa dan raja ini hingga ketitisan darah yang terakhir.

Kami bagi pihak anak melayu Perak berharap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak tidak tersinggung dengan komen-komen dari laman web DSAI. Pada kami komen-komen itu hanyalah dari manusia-manusia yang tidak tahu asal usul, kurang ajar dan masih mentah di dalam menafsir perjuangan politik di Malaysia ini. Kami merasakan mereka ini hanyalah golongan yang tidak berpelajaran dan hanya mewakili diri mereka sendiri dan dari golongan yang kecil atau mungkin bukan berasal dari negeri Perak.

Kami amat pasti bahawasanya rata-rata rakyat Perak masih taat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan amat berasa amat-amat marah dan tidak bersetuju dengan komen-komen negatif yang diberikan terhadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak.


Sekian Ampun Tuanku.

Dari Kami Melayu UMNO yang bernaung dibawah payung kerajaan Tuanku.

Tuesday, October 21, 2008

BUKTI KEADILAN - RM200 AHLI KEADILAN SEUMUR HIDUP

Assalamualaikum..

Merujuk akhbar SINAR HARIAN edisi sinar@sentral pada 20 Oktober 2008 muka surat 11 dengan tajuk AMK lancar kad keahlian seumur hidup.

Besar juga angan-angan Parti KeLDAIan Rakyat nak mencari ahli-ahli seumur hidup untuk parti mereka. Dulu telah ada ahli seumur hidup Parti KeLDAIan Nasional tapi entah ke mana keahliannya dan yuran kutipan pun belum tahu ke mana hala tujunya. Kini mereka datang lagi bawa berita gembira kepada pengikut-pengikutnya supaya menjadi ahli seumur hidup dengan BAYARAN RM 200.oo.
Sedang rakyat mengeluh mengenai kenaikan harga barang kesan ekonomi global PKR pula mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Berikut fakta menarik untuk ingatan pembaca :
1. Logikkah bayar RM 200.00 hanya dapat kad ahli seumur hidup (kos material RM10 - RM15). Keuntungan RM185.00 - RM190.00. Kad keahlian UMNO cuma bayar RM2.00 dah boleh dapat lepas tu boleh collect points melalui i-cash, memang bangga rasanya
2. Purata jangka hayat umur lelaki di Malaysia adalah 65 tahun dan perempuan 68 tahun. Dalam UMNO cuma bayar yuran keahlian RM2.00 dan tahunan RM1.50. Ahli seumur hidup RM50.00. Kalau mula jadi ahli UMNO umur 20 maka jumlah kos ahli RM69.50 bagi lelaki dan RM 74.00 bagi perempuan. Kalau daftar ahli seumur hidup UMNO dapat diskaun cuma bayar RM50.00. Kalau mula jadi ahli PKR umur 20 tahun maka kos yuran sehingga umur 65 tahun bagi lelaki RM4.44 setahun dan RM4.17 setahun bagi perempuan sehingga umur 68 tahun. Kalau yuran tahunan sebenar PKR mungkin lebih mahal. Macam langit dgn bumi beza yuran antara UMNO dan PKR.
3. Mesyuarat UMNO cawangan diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun dan dapat makan percuma. Memang berbaloilah dengan RM1.50 setahun. PKR berapa kerat sangat cawangan yang diwujudkan yang ada cuma bahagian-bahagian AMK kalau nak buat mesyuarat tahunan pun sukar sebab parti pelbagai bangsa apatah lagi kepada ahli yang tak tahu menahu aktiviti yang dirancang. Banyaknya bincang kat kedai kopi jerr itupun ditanggung oleh kepala kumpulan-kumpulan dalam PKR. Lama-kelamaan bengkok la kepala tu. Duit yuran tahunan entah ke mana gunanya dan itu tak sebut lagi yuran seumur hidup RM200.00???
4. Bila ada mesyuarat UMNO cawangan maka ada organisasi yang tersusun dan berusaha melaksanakan segala program yang dirancang. Banyak program yang dilaksana semakin banyak manfaat program yang diperolehi oleh ahli. Dalam PKR main lantik-lantik ketua dan ajk macam tu aja tak pernah ada mekanisme yang betul. Itu sebab pemimpinnya memang kurang kualiti dan syok sendiri. Ini termasuklah ahli PKR yang mengatakan 'zina sama seperti sedekah'. Program pun tak dilaksanakan secara menyeluruh ke semua peringkat.
5. Hayat UMNO InsyaAllah selama-lamanya jadi berbaloilah yang jadi ahli tapi PKR nampak gayanya akan tumbang setahun dua ni. Buat apa bayar RM2oo untuk ahli PKR seumur hidup walaupun usianya mungkin tinggal setahun dua.
6. Aktiviti UMNO kita nampak jelas menyumbang manfaat kepada orang Melayu dan penduduk kampung. Sekurang-kurangnya segar aktiviti kemasyarakatan. Jadi berbaloi dengan RM1.50 setahun. Kalau PKR tak tentu hala aktivitinya dan kena pulak ambil kira sensitiviti ahli kaum bukan Melayu. Itu yang boleh buat boneka gambar raksasa Anwar Ibrahim kat Batu Caves silap hari bulan orang Melayu PKR boleh sama-sama bergotong royong membersihkan masjid dan rumah ibadah agama bukan Islam. Jadi memang amat tak berbaloi dengan yuran dikenakan TAPI APAKAN DAYA INILAH KEADILAN YANG DIBERIKAN KEPADA AHLI-AHLI PKR YANG MASIH MELEMBUKAN DIRI KEPADA PEMBOHONG NO. 1 NEGARA.
Assalamualaikum...
alfarabi2-kelab maya umno
umno-bgnpasir.blogspot.com

Sunday, October 12, 2008

JAMUAN AIDILFITRI 2008 - UMNO CAWANGAN BAGAN PASIR LAUT

Ketua UMNO Cawangan Bagan Pasir Laut memberikan ucapan, membaca doa selamat dan seterusnya menjemput tetamu menikmati jamuan yang disediakan.




Sebahagian Pemuda yang hadir semasa jamuan tersebut










Kaum ibu yang turut memeriahkan jamuan hari raya









Setahun sekali berkumpul merapatkan silaturrahim sesama kita








Tetamu hadir tanpa mengira peringkat umur






Alhamdulillah Jamuan Hari Raya yang dirancang telah berjaya diadakan pada 4 Oktober 2008 (Sabtu) bertempat di rumah Ketua Cawangan UMNO Bgn Pasir Laut dan kehadiran penduduk kampung dan ahli UMNO Cawangan telah berjaya mengeratkan lagi kemesraan di antara penduduk kampung.



















Saturday, October 11, 2008

SUARA UMNO BGN DATOH

Assalamualaikum...
Mesyuarat Pergerakan Wanita UMNO Bgn Datoh telah diadakan pada 10 Oktober 2008 (Jumaat) di Wisma Bangunan UMNO Bgn Datoh dan memutuskan supaya cadangan gandingan Y.B. Datuk Seri Rafidah Aziz dan Y.B. Datuk Seri Sharizat Jalil kekal menerajui Pergerakan Wanita Malaysia.
Pada hari ini 11 Oktober 2008 (Sabtu) di tempat yang sama berlangsung Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Bgn Datoh dan menyaksikan telah berlaku gelombang perubahan yang menuntut supaya kepimpinan terbaik untuk hasil yang terbaik kepada generasi muda yang tinggal di Bgn Datoh. Bermaksud telah ada usaha untuk memastikan kepimpinan atasan dapat memberikan komitmen 100% dan 365 hari kepada generasi muda Bgn Datoh dan bukan hanya seminggu sekali atau sebulan sekali yang gagal melibatkan ramai generasi muda. Ini bagi memastikan sayap pemuda tersebut dapat bergerak amat aktif dan menjadi saluran terbaik generasi muda menyuarakan pandangan sebenar masalah di kampung mereka.
Gelombang sebegini telah dirasai di seluruh negara di mana mereka yang berani menyatakan hakikat sebenar kekuatan parti tanpa berselindung mendapat tempat di hati ahli-ahli UMNO seluruh negara. Berterus terang langkah yang amat pedih tetapi kita perlu menerima hakikat supaya tidak terus dibuai mimpi-mimpi indah. Gelombang sokongan majoriti kepada pemimpin UMNO yang berani berterus terang seperti Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Muhyidin Yassin, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Mukriz Mahathir berjaya memikat sokongan majoriti ahli UMNO yang memerlukan pemimpin yang bermotivasi tinggi, berkarisma dan ada kredibiliti.
Gelombang perubahan juga dapat dirasakan dimana pemimpin yang menggunakan instrumen wang ringgit untuk mendapatkan pengaruh singkat semakin tenggelam punca. Ini kerana pemimpin perlu yakin dengan dirinya sendiri dan tidak perlu menggunakan lain-lain faktor yang boleh memerangkap dirinya sendiri. Atas sebab itu Datuk Mukriz Mahathir yang berjaya menyatakan kehendak dan harapan akar umbi sebenar dapat meraih sokongan yang mendahului pencabar-pencabar yang lain.
Pergerakan UMNO Bgn Datoh telah memutuskan mencalonkan Y.B. Khairy Jamaludin sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan ini mungkin berdasarkan banyak faktor yang lebih utama berbanding pengaruhnya sebenar di Bgn Datoh.
Siapapun yang dicalonkan yang berjaya nanti pastikan amanah bangsa dipimpin oleh anda. Ini termasuk yang berjaya di peringkat Pemuda UMNO Bgn Datoh.
Kami di blog ini mengharapkan supaya perlu ada ruang kesatuan di antara ahli-ahli UMNO generasi muda Bgn Datoh yang telah berjaya dalam bidang profesional seperti peguam, arkitek, jurutera, akauntan, guru dan pegawai kerajaan yang setia dalam UMNO tetapi tidak berkeupayaan untuk aktif politik akar umbi. Kita juga sekali-sekala perlu mendapatkan pandangan sekumpulan mereka yang terus ikhlas bersama parti keramat UMNO untuk kebaikan Melayu di Bgn Datoh. Jika ada diantara mereka kumpulan profesional yang melayari blog ini diharapkan dapat menghubungi kami untuk bertukar-tukar pandangan dan mengeratkan silaturrahim.
Esok 12 Oktober 2008 (Ahad) akan diadakan Mesyuarat UMNO Bahagian Bgn Datoh dan kemungkinan besar dicadangkan supaya gandingan Y.B. Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dan Tan Sri Muhyidin Yassin akan dapat memimpin UMNO Malaysia. Begitulah hendaknya.
'KAMI SERU MELAYU BERSATU!!!'
Assalamualaikum...