Saturday, October 11, 2008

SUARA UMNO BGN DATOH

Assalamualaikum...
Mesyuarat Pergerakan Wanita UMNO Bgn Datoh telah diadakan pada 10 Oktober 2008 (Jumaat) di Wisma Bangunan UMNO Bgn Datoh dan memutuskan supaya cadangan gandingan Y.B. Datuk Seri Rafidah Aziz dan Y.B. Datuk Seri Sharizat Jalil kekal menerajui Pergerakan Wanita Malaysia.
Pada hari ini 11 Oktober 2008 (Sabtu) di tempat yang sama berlangsung Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Bgn Datoh dan menyaksikan telah berlaku gelombang perubahan yang menuntut supaya kepimpinan terbaik untuk hasil yang terbaik kepada generasi muda yang tinggal di Bgn Datoh. Bermaksud telah ada usaha untuk memastikan kepimpinan atasan dapat memberikan komitmen 100% dan 365 hari kepada generasi muda Bgn Datoh dan bukan hanya seminggu sekali atau sebulan sekali yang gagal melibatkan ramai generasi muda. Ini bagi memastikan sayap pemuda tersebut dapat bergerak amat aktif dan menjadi saluran terbaik generasi muda menyuarakan pandangan sebenar masalah di kampung mereka.
Gelombang sebegini telah dirasai di seluruh negara di mana mereka yang berani menyatakan hakikat sebenar kekuatan parti tanpa berselindung mendapat tempat di hati ahli-ahli UMNO seluruh negara. Berterus terang langkah yang amat pedih tetapi kita perlu menerima hakikat supaya tidak terus dibuai mimpi-mimpi indah. Gelombang sokongan majoriti kepada pemimpin UMNO yang berani berterus terang seperti Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Muhyidin Yassin, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Mukriz Mahathir berjaya memikat sokongan majoriti ahli UMNO yang memerlukan pemimpin yang bermotivasi tinggi, berkarisma dan ada kredibiliti.
Gelombang perubahan juga dapat dirasakan dimana pemimpin yang menggunakan instrumen wang ringgit untuk mendapatkan pengaruh singkat semakin tenggelam punca. Ini kerana pemimpin perlu yakin dengan dirinya sendiri dan tidak perlu menggunakan lain-lain faktor yang boleh memerangkap dirinya sendiri. Atas sebab itu Datuk Mukriz Mahathir yang berjaya menyatakan kehendak dan harapan akar umbi sebenar dapat meraih sokongan yang mendahului pencabar-pencabar yang lain.
Pergerakan UMNO Bgn Datoh telah memutuskan mencalonkan Y.B. Khairy Jamaludin sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan ini mungkin berdasarkan banyak faktor yang lebih utama berbanding pengaruhnya sebenar di Bgn Datoh.
Siapapun yang dicalonkan yang berjaya nanti pastikan amanah bangsa dipimpin oleh anda. Ini termasuk yang berjaya di peringkat Pemuda UMNO Bgn Datoh.
Kami di blog ini mengharapkan supaya perlu ada ruang kesatuan di antara ahli-ahli UMNO generasi muda Bgn Datoh yang telah berjaya dalam bidang profesional seperti peguam, arkitek, jurutera, akauntan, guru dan pegawai kerajaan yang setia dalam UMNO tetapi tidak berkeupayaan untuk aktif politik akar umbi. Kita juga sekali-sekala perlu mendapatkan pandangan sekumpulan mereka yang terus ikhlas bersama parti keramat UMNO untuk kebaikan Melayu di Bgn Datoh. Jika ada diantara mereka kumpulan profesional yang melayari blog ini diharapkan dapat menghubungi kami untuk bertukar-tukar pandangan dan mengeratkan silaturrahim.
Esok 12 Oktober 2008 (Ahad) akan diadakan Mesyuarat UMNO Bahagian Bgn Datoh dan kemungkinan besar dicadangkan supaya gandingan Y.B. Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dan Tan Sri Muhyidin Yassin akan dapat memimpin UMNO Malaysia. Begitulah hendaknya.
'KAMI SERU MELAYU BERSATU!!!'
Assalamualaikum...

1 comment:

A-NO said...

Assalammualaikum.....
Tahniah kepada UMNO Bagan Datoh kerana dapat menjayakan mesyuarat pada peringkat wanita,puteri,pemuda dan bahagian tanpa berlaku sebarang masalah.Hal in membuktikan bahawa UMNO di Bagan Datoh masih bersatu dan sepakat.Saya juga mengharapkan calon-calon yang menjadi wakil Bagan Datoh keperingkat kebangsaan agar dapat membuat pilihan yang tepat dan menjalankan tanggungjawab sebagai wakil dengan penuh berhemah.HIDUP UMNO!!!!!!