Wednesday, October 8, 2008

INI FAKTA SEJARAH - BUKALAH MATA GENERASIKU!!!

Semasa orang-orang Melayu teraba-raba mencari halatujunya selepas penjajahan Jepun dan kesangsian terhadap keikhlasan British maka muncul gelombang kebangkitan Melayu yang sangat luar biasa. Lahirlah pemimpin-pemimpin akar umbi yang spontan keluar menyuarakan pandangan.
Satu kongres Melayu Se-Malaya Pertama telah diaturkan oleh Persatuan Melayu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946. Sebanyak 41 pertubuhan-pertubuhan Melayu dari seluruh Tanah Melayu telah menghantar wakil masing-masing. Dato' Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih berdasarkan karisma dan kredibilitinya mempengerusikan kongres tersebut. Tiga Usul yang telah diusulkan dalam kongres tersebut adalah :
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR)
2. Membantah penubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu
Pada 11 Mei 1946 Kongres Melayu Se-Malaya Ketiga telah diadakan di Istana Besar Johor Bahru dan sekaligus Perhimpunan Agong PEKEMBAR pertama diadakan dan seterusnya Piagam @ Perlembagaan PEKEMBAR diterima dan diluluskan oleh perwakilan. Maka lahirlah UMNO secara rasminya.
Perlembagaan tersebut telah didrafkan oleh tokoh-tokoh Melayu yang hebat iaitu Dato' Onn Jaafar, Dato' Panglima Bukit Gantang, Dato' Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin (Za'ba).
Tubuhnya sayap Pemuda UMNO pada 26 Ogos 1946 dan Kapten Hussein Onn sebagai ketua yang pertama.
Manakala Ahli Perempuan UMNO (APU) nama asalnya telah diterajui oleh Putih Mariah Ibrahim Rashid dari PERSATUAN MELAYU PERAK sebagai ketua yang pertama . Ia merupakan pertubuhan politik wanita pertama yang ditubuhkan pada 25 Ogos 1949. Pergerakan Wanita UMNO seterusnya diterajui oleh Ibu Zain.
INI FAKTA SEJARAH YANG JARANG-JARANG KITA FAHAMI DAN PERCAYALAH KITA DI BARISAN YANG BENAR UNTUK TERUS MEMPERJUANGKAN NASIB BANGSA!!!

No comments: