Sunday, November 29, 2009

Selamat Menyambut Aidil Adha

Assalamualikum, kami dari UMNO Bagan Pasir Laut mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha. Semoga semua jemaah haji kita dari Bagan Datoh dan Malaysia umumnya dapat mengerjakan Haji mereka dan diterima oleh Allah insyaallah. Marilah kita sama-sama mendoakan mereka semua dapat pergi dan pulang dengan selamat.

Semoga mendapat haji yang mabrur Insyaallah.

Friday, February 6, 2009

PANTANG Anak Melayu Menderhaka Kepada Sultan

Allahhuakbar..Allahhuakbar

YaAllah selamatkanlah negeri Islam Perak Darul Ridzuan ini ya Allah.

Kami warga UMNO Bagan Datoh, amat bersyukur kehadrat ALLAH SWT, kerana dengan limpah kurnianya dan merestui doa-doa kita untuk Barisan Nasional kembali memerintah negeri Perak darul Ridzuan ini.

Negeri ini suatu masa dahulu merupakan sebuah negeri yang aman. Tetapi dengan kehadiran beberapa pemimpin yang gila kuasa seperti DSAI dan konco-konconya habis negeri kita dan juga negara kita ini porak peranda. Semoga tuhan akan menilai baik buruknya manusia ini di akhirat kelak. Kita sebagai rakyat jelata rindukan dan inginkan semula keadaan yang tenteram dan aman di negeri Perak yang di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak.

Dari kecil hingga dewasa kita di ajar untuk mengormati dan setia kepada Raja dan Negara. Pantang anak melayu menderhaka kepada raja-raja kita !!. Namun dengan hadirnya pemimpin penghianat bangsa dan negara ini telah menyebabkan ramai diantara rakyat yang terpesong dan sangat biadab apabila ingin membicakan tentang Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak yang kita amat hormati.

Amatlah sedih kita sebagai rakyat jelata yang amat menyanjungi Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak apabila terbaca komen-komen dari laman blog DSAI http://anwaribrahimblog.com/2009/02/06/a-constitutional-crisis-caused-by-the-sultan/ . Amatlah terhiris rasanya hati apabila mendengar cercaan yang sangat keji ditujukan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan kita.

Dengan ini kami ingin memberitahu kepada mereka-mereka yang berani mencerca raja-raja melayu ini supaya berani tampil kehadapan dan tonjolkan diri. Supaya senang kami tahu siapa mereka ini yang sangat derhaka. Kami rakyat anak-anak melayu Perak amat terguris hati dan akan sedia menentang habis habisan penghianat bangsa dan raja ini hingga ketitisan darah yang terakhir.

Kami bagi pihak anak melayu Perak berharap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak tidak tersinggung dengan komen-komen dari laman web DSAI. Pada kami komen-komen itu hanyalah dari manusia-manusia yang tidak tahu asal usul, kurang ajar dan masih mentah di dalam menafsir perjuangan politik di Malaysia ini. Kami merasakan mereka ini hanyalah golongan yang tidak berpelajaran dan hanya mewakili diri mereka sendiri dan dari golongan yang kecil atau mungkin bukan berasal dari negeri Perak.

Kami amat pasti bahawasanya rata-rata rakyat Perak masih taat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan amat berasa amat-amat marah dan tidak bersetuju dengan komen-komen negatif yang diberikan terhadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak.


Sekian Ampun Tuanku.

Dari Kami Melayu UMNO yang bernaung dibawah payung kerajaan Tuanku.