Salam pengenalan dan perpaduan dari KAMI sekelompok Melayu yang masih berpegang utuh panji perjuangan bangsa UMNO dulu, kini dan selamanya. Melalui blog ini KAMI harap kita dapat berkongsi maklumat dengan umat MELAYU yang merentas negeri, negara dan benua dengan satu hasrat bangun, berbakti dan membela. KAMI percaya masih terlalu ramai yang menyayangi parti keramat UMNO dan itu menyebabkan KAMI akan terus bersama mereka mempertahankan parti warisan bangsa kita. KAMI juga percaya masih ramai di antara profesional MELAYU yang sayangkan UMNO namun tiada saluran yang terbaik untuk mereka berkongsi kepakaran. Ini kerana ada segelintir kita yang asyik berpolitik sempit yang hanya mengejar perkara-perkara yang tidak ada kesudahannya dan tidak menguntungkan nasib bangsanya. MARILAH KITA BERJUANG DENGAN IKHLAS MEMBELA NASIB DIRI, IBU-BAPA, MASYARAKAT SEKITAR, BANGSA DAN NEGARA DENGAN BERPEGANG KUAT DENGAN AJARAN ISLAM. Kami percaya hanya itu sahaja yang akan dapat mengangkat nasib bangsa. JANGAN BIARKAN BANGSA KITA TERCICIR DAN MENGEMIS DI NEGARANYA SENDIRI!!!!!
AYUH KAMI SERU MELAYU BERSATU!!!!!
10 comments:
Tahniah dan syabas saya ucapkan pada umno-bgnpasir kerana mewujudkan blog ini. Sy dan rakan yg lain sebagai pemuda melayu dan anak jati bagan datoh amat menyanjung usaha umno-bgnpasir dan akan menyokong dan berdiri teguh di belakang UMNO untuk menguatkan lagi parti keramat kita ini. Di harap pemuda-pemuda dan semua warga Bagan Datoh yang lain dapat memberi buah fikiran yg membina untuk kita fikirkan bersama di dalam laman blog ini. Tidak perlulah kita malu dan takut untuk menulis komen kerana semua kita sama sahaja, tidak ada yg 'terlalu' terlebih cerdik dan tidak ada pula yg 'terlalu' terlebih tidak cerdik, sesungguhnya di dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi pandangan gesaan rakyat adalah amat penting untuk diambil kira untuk sesuatu parti itu menjadi lebih relevan.Insyaallah. HIDUP UMNO...HIDUP UMNO..HIDUP UMNO
Ya aku juga menyeru sesiapa di luar sana yang menyokong UMNO tidak kira tua, muda, lelaki dan wanita..berilah pandangan..HIDUP UMNO..berpantang ajal sebelum maut..akan ku tentang siapa yg mengata UMNO sudah tidak relevan pada masa sekarang ini.. sesungguhnya mereka lupa UMNO lah yang membantu mereka dari kecil hingga dewasa dan kaya rasa..tidak kiralah dari bantuan sekolah..makan..pakai..hingga lah kesubsidi baja, rumah, minyak dan lain lain..sudah dibantu orang melayu ini hingga menjadi manusia yang pandai dan berharta di katakan pula UMNO ini tidak relevan..sungguh melampau dan tidak sedar diri golongan muda ini. Hidup UMNO
Ha ha kenkadang aku rasa ahli UMNO yang biasa ni yg lebih bersemangat dari orang UMNO yang ada pangkat pangkat ni..Ketua ka...AJK ka EXCO ka...aku ingat depa yang ada pangkat ni dah tak tulin dah perjuangannya..mereka berpolitik..tapi sebenarnya tak tahu apa yang nak dipolitikkan..hangat2 tahik ayam saja.. aku rasa sudah sampai masa ahli UMNO biasa di cawangan2 bangkit dan perbetulkan masalah ini...kita tunjukkan kepada mereka supaya kembali semula ke perjuangan membela nasib melayu..jika tidak nah kita tunjukkan pintu keluar dari UMNO ini..aku rasa ramai yang setuju ayat aku ni.. kenkadang kerana depa ni buat benda tak betul kita ahli biasa pula kena hina...tak terbackup dah..mana tak kantoi masa pilihanraya..
wooo..Ketua Bahagian Kamu nak jadi TPM ...cayalah Bagan Datoh..
Dear Anonymous...UMNO bukan tak relevan..cuma kurang relevan pada isu isu tertentu..so kena kambus la mana2 lubang isu-isu yg org kata tak relavan tu..pada aku UMNO masih relevan cuma ada kerana sorang dua pemimpin dalam UMNO buat salah..habis satu UMNO yang ada 3,111,633 orang ahli ni kena cop tak relevan..INI TIDAK ADIL (macam script filem P.Ramlee 3 Abdul) haha..wehh kata la ada 10,000 org ahli UMNO yg tak betul..tak kira la dari peringkat bahagian atau negeri atau pusat, kita ada lagi 3,101,633 orang yang masih ikhlas berjuang dan akan terus berjuang..so yang 10,000 orang ni kalau tak reti2 nak insaf dan kembali pada perjuangan sebenar membela nasib kita kita tunjukkan pintu jalan keluar. Selesai masalah. Haa lagi2 nak pertandingan pemilihan UMNO tahun ni..kita kena ajak kawan2 ramai pilih yang betul2 berkaliber untuk memimpin kita dan dapat tolong kita. BUKAN KITA PULAK YANG KENA TOLONG DIA ORANG bila dia dah menang nanti.
To DSDAZ Semoga Berjaya..Insyaallah..kami semua berdiri di belakang Dato Seri...tolong kami Dato Seri selamatan UMNO. Kami tidak mahu di masa cucu kami lahir nanti UMNO hanya tinggal sejarah.
Seru jangan tak seru....ANAK JANTAN berani melawan untuk anak bangsa kita..jangan nanti anak cucu kita mengemis di negara sendiri...HIDUP UMNO..
p/s for all Khir Joharian Sungai Sumun..come on man..show your guts ..
Tak relevan perggg...marah ni marah ni...
'jangan dibakar api kemarahan seorang pejuang, jika ada seorang lagi pejuang seperti dia...tentera Jepun memerlukan satu batalion lagi untuk menakluk Malaya' Leftenan Adnan the Movie..
Kalau la ada lagi pejuang yang patriotik dan sanggup berjuang utk agama bangsa dan negara dan berani bergadai nyawa mcm Leftenan Adnan dlm UMNO ni...aku rasa ahli UMNO ada 10 000 orang pun cukup. Zaman dulu pun ahli UMNO bukan ramai..yang ramai rakyat yang menyokong dan mengundi parti Barisan Nasional..menang jer..
Kesimpulan : too many cooks spoil the soup.
p/s baru lps tgk movie Leftenan Adnan tadi syok oo..
Kesian UMNO depa kata tak relevan..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..kepada semua penduduk Bagan Datoh yang beragama Islam.
...peace...
Kepada PEMUDA, masa pemilihan nanti, pilihlah orang yang bersemangat waja, ikhlas berjuang, sentiasa membantu dan mempunyai track record yang bersih yang mana yang dah kurang IKHLAS dan hanya pandai cakap keluarkan saja ganti orang lain. Cari yang cakap serupa bikin jangan yang cakap saja tapi apa pun tarak.. politik nak jawatan saja pandai tapi bila nak berpolitik membantu orang Melayu tak reti. Aku rasa elok la kasi kat orang-orang kampung yang walaupun mereka ni tak lah belajar tinggi atau kaya raya tapi mereka ni aku rasa lebih tahu mengenai masalah kampung dan masyarakat setempat, malah semasa mesyuarat caw2 di kampung-kampung mereka ni lah yang terlebih bersemangat bermesyuarat. Namun kena ada kesinambungan juga dengan PEMUDA profesional supaya kita tidak ketinggalan dalam lebih merelevankan UMNO itu sendiri. Al-Maklumlah sekarang ni orang melayu dah ramai pandai2 hasil dari pencapaian DEB. UMNO hasilkan ramai Profesional maka sekarang mereka harus membantu UMNO pula. Jangan jadi kacang lupakan kulit. Segala apa yang dipelajari dari menara gading tu ajar2 dan share2 lah dengan orang kampung..perturunkan sikit ilmu tu jangan kedekut..gunakan kalau boleh untuk membangunkan mentaliti orang Melayu di kampung dan juga berilah idea2 yang bernas utk sama2 membangunkan Bagan Datoh.
"PEMUDA pewaris KEPIMPINAN penentu KESINAMBUNGAN PERJUANGAN"
OK..cheer
Post a Comment